Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Hikmah ada kat mana mana kan <:

Bismillahirrahmanirrahim (:

Saya baru sudah baca entry Aida dan saya teringat sesuatu. Ye , ianya memerlukan kekuatan Fizikal , mental dan yang penting Hati.

Hari niy saya nak cerita apa yang saya feel <:

Planning today gerak rumah sister punya lecturer kat Tanjung Karang. Dan asalnya 3 Kereta Join tapi last minute lagi 1 kereta tak dapat ikut. Mula Gerak Damansara Jemput Azri then sungai buluh.Bila semua dah Okay baru mula satu destinasi.


Singgah The Store beli Hadiah


Dah sampai rumah Lecturer mereka

Lecturer Mereka kahwin lah sebenarnya (:

Gambar niy semua Photographer Pengantin yang suruh Posing <:


Formal katanya (:


Buat muka Comel semuaa (:


Gambar banyak lagi , nak upload semua memang Berat naik. Lepas Photographer tuh sudah suruh buat macam macam wajah , then my turn pulak suruh mereka beraksi (:

*paling best part baling bunga , semua berusaha tangkap bunga* Gambar itu pasti Style. Malangnya lah kan , ada dekat camera diaa , bukan saya :')




Lepas dah snap-ing picture, makan dekat tempat Pengantin tuh then gerak Pantai. Sebab Ada Outdoor Photoshoot kan. Jalan kampung tuh gila sempit habis. Istighfar panjang (:



Kan jalan sempit kan , habis kereta calar kena duri halus tuh kan dah tuh Kotor sangat kan.Lepas  amik fresh air dekat Pantai tuh , terus carik Car Wash (: 

Alhamdulillah , hari niy saya terasa macam student Universiti kan. Tapi saya ada pesanan buat anda yang membaca , kita kan Umat Nabi. Solat itu wajib kan , dan tidak molek melambat lambatkan Solat kan. Selagi ada peluang dan tiada halangan yang mustahak buat kita laksankan solat , Just go on. Percayalah ! Solat mencegah kemungkaran. Jika anda masih terus melakukan kemungkaran , bermakna solat anda ... *anda dah besaar kan bijak berfikir kan* tapi kalau anda sudah laksanakan perintah Allah dengan baik , Anggaplah musibah yang dihadapi tuh ujian allah :) 

Kalau dekat sekolah Ustazah selalu pesan bagi nasihat , cikgu disiplin selalu ingatkan pasal sikap dan personaliti. Tapi bila dah dekat Universiti , semua terletak pada diri sendiri (: terletak pada kawan yang kita pilih (: Tak bermakna dia sekolah agama , dekat Universiti dia sempurna. Tak bermakna dia sekolah biasa (bukan agama) , dekat Universiti dia yang paling jahat.

Selami jiwa , Rawat Rohani Perkasa Peribadi 
Assalamualaikum tak jawab Berdosa , Kalau jawab Allah Sayang :)



Thanks Awak (:

Monday, February 27, 2012

Diari Hari Ini , Tahajud Kekuatan Diri.


Alhamdulillah , baru sudah buat Homework :D just yang kena hantar besok je lah.hihi. Last week , lepas rehat tak masuk kelas pasai tuh Homework duk adding je ><

Doakan saya dan kawan kawan untuk preparation Wakil Daerah 24 Mac niy ye (:
Thankyou 

Actually, ada something Happen today. And because of that,I'm rushing completely my Homework.Nak hupdate.kihkih.

Tadi kat Dewan ada Akademi Pengawas siri 1 sesi 2012.Biasalah ta'aruf kaan (: Then , sampailah turn saya Introduce kaan "Nama saya Nurul Ayuni Binti Khalib , Saya amek akaun pasai tak minat science..... " 

Donni : ehh , adeq tuh dengar tak nama kakaq niy sapa ?
Adeq : dengar dengaaar :D 
Saya : Kalau dengar , siapaa siaapaa ? cerbitauu.
Adeq : Kakaq Ummu Jannah kan :D 

Adeq tuh buat saya leleh.Seriously kayy , tak tipu.

Balik sekolah tadi jam enam petang sebab Post mortem Lama siket.Balik Balik Solat Makan terus Buat Ekonomi asas.Lepas mengaji tadi pun , sambung buat Homework lagi.Tibaa , ibu abah tegur "Banyak lagi ke Homework k.ngah ? , Ibu tengok K.ngah niy dah penat sangat, banyak benor aktivitinyaa.....dan banyak lagi ibu abah cakap "

Parents : Tahun niy K.ngah SPM kan ?
Me : yesss :')
Parents : Sudah2 letu busy nyaa.Focus on study.
Me : *teringat sir cakap lagi 4 month nak Trial*

Next Week Exam UP1.Chaaayook , semangatt.Ibu abah dah letak harapan dekat anak diaa.Jangan kecewakan mereka :') Ustaz selalu pesan , man jadda wa jadda.

Starts from today , mesti kena pakar dalam any topic kayy.Sehari 1 Topic. Selagi tak pakar , Jangan tidur. Pelajar Cemerlang mereka sentiasa menjaga hubungan dengan allah. Tahajud Kekuatan mereka.Guru saya ada pesan , masa muda ini lah kita nak buat banyak Amal Ibadah berganda-ganda kerana apabila kita sudah berumur , kekuatan kita tak sama macam masa kita muda-muda dulu.

Dah pukul satu, besok sekolah. Moh lee kita tidur.
Assalamualaikum (:



Thanks Awak (:

Friday, December 16, 2011

to remember us <:

assalamualaikum dan selamat sejahtera

eh eh macam cikgu sekolah rendah baru masuk kelas pulak cakap selamat sejahtera :) maklumlah saya sekolah menengah dekat puncak bukit agama. hiperbola sunnguuh haiih.



khas buat kita wahai wanita ^_^

susah kan jadi insan digelar wanita ?

yelah , kene tutup litup seluruh badan. kene jaga pergaulan. kene jaga makan minum suami dengan anak anak. kene jaga maruah. kene mengandung. kene jaga kecantikan.

yes , kecantikan pun kene jaga sebab itu milik allah. kita hanya meminjam sahaja ! tetapi kena ikut pada cara. wanita jaga kecantikan seperti minyak rambut , pakai celak , pakai gincu , pakai wangi wangi , mengenakan pakaian yang cantik dan style. itu semua di rumah yea , jangan biarkan lelaki ajnabi melihatnya.kasihan suami kita nanti , tiada yang istimewa baginya .

perkara yang paling sukar bagi seorang wanita ialah
menutup aurat

ya , saya sendiri mengaku. padahal itu sangat mudah , kan ? 


saya suka warna merah [: <---- take note , please ! 

wanita solehah itu auratnya dijaga ,
pergaulannya dipagari , 
sifat malu pengikat diri ,
merupakan seindah hiasan di dunia ini.

sedangkan ganjaran bagi wanita solehah itu

1] wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh
2] wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali
3] wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh

kalau nak cerita ganjaran bagi wanita solehah kesemuanya memang tidak putus putus ganjaran allah bagi , kan kawan ?

ingatlah wahai wanita !

sesungguhnya allah mengangkat darjat wanita itu. mengutamakan hak wanita itu.

aisyah r.a. berkata : "aku pernah bertanya kepada rasulullah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita ? " jawab baginda , "suaminya" "siapakah pula yang berhak terhadap seorang lelaki ?" jawab rasulullah SAW , "ibunya"

kadang kita sedih bila tak dapat join program solat hajat jemaah disebabkan datangnya haid.

ketahuilah ! haid seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. jika pada hari pertama haidnya dia membaca [ segala puji bagi allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada allah dari segala dosa ] , maka allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. bahkan allah SWT akan mengangkat darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada' apabila dia selalu berzikir kepada allah selama haidnya.

nak tahu lagi ? 
kalau nak tuh mesti kita masih nak tambah rase cinta pada Yang Maha Esa , bukan ? 
sporting laah you guys ;)

dari hazrat muaz : mana-mana wanita yang berdiri di atas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api , maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

subhanallah , besstt kaan ? 
nak belajar masak spaghetti lah lepas niy :)


last but not least



kayy , terima kasih sebab sudi bace. entry niy peringatan buat awak dan kita yang gurl gurl :) boy boy pun boleh lah kalau nak share dengan isteri u olls bile dah ade nanty :)


oryte , spread love (: najwa latif awesome friends. doyy , senget ! hatook siket , tooiiingg , yeaah , tennungg tenunngg kan dan selamat beribadah semua ^_^

Thanks Awak (:

Saturday, October 15, 2011

anda orang yang terpilih (:



major orang yg beragama islam menyalahkan kaumnye sendiri.bila ternampak sedaranya sendiri memakai pakaian yg seksi tak cukup kain , dah pandang serong dan terus mengata belakang.bila nampak sepasang couple meluangkan mase ber-dating , eyh tak tau malu ke orang pandang ! bila terbace berita tentang pembuangan anak di merata tempat , eyh takde maruah ke ! semua menuding jari ke arah yang lain.


sampai bila islam nak terus tersebar ?

* tepuk dada tanya iman *

era zaman kini , begitu banyak cabaran yg extreme yg terpaksa kita tempuh.terutama bagi golongan remaja. budak sekolah agama memandang rendah dengan sahabatnya yang bersekolah di sekolah biase yang sosialnya amatlah terlampau.

sedarkah kita , adakah mereka saja saja untuk melakukan itu semua ? 

terkadang , disebabkan keluarga mereka yg kurang berkemampuan menyebabkan mereka tak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di sekolah agama mahupun sekolah yg lebih baik.

terkadang , disebabkan mereka dididik dari kecik dgn pemakaian yg terdedah dan sosial yang terlampau.

terkadang , disebabkan mereka begitu taksub berkawan sehingga lupa akan matlamat yg mereka cari sekaligus menjerumuskan diri ke dalam kancah negatif.

kita tergolong dalam golongan yang mane ?

sebagai seorang pelajar yang telah terpilih untuk masuk ke sekolah agama , sedarlah.kita dipilih tentu ade sebabnye. gunakanlah ilmu kita untuk menarik sedare sedare kita kat luar sane untuk lebih mengenali islam , untuk lebih mencintai islam , untuk lebih memahami apa itu islam.

dan tidak semua sekolah agama , mempunyai subjek al-azhar. jika kita diberi peluang untuk mempelajari apa itu , tauhid , feqah , tafsir , hadis , nahu , sorof , mutolaah atau apa saja yang berkaitan dengan ilmu akhirat , manfaatkan lah ilmu itu sebagai hujah yg kukuh untuk dibuktikan kepada mereka yang ingin mula mengenali islam.

sepertimana , rasul junjungan kita bersabda : 
"sampaikanlah pesananku walau pun sepotong ayat "

behenti menyalahkan orang lain.mulakan dengan membenci atas perkara mazmumah yg dilakukan dan mulalah utk berdoa atas kebaikan mereka , cuba sehabis baik untuk mengajak mereka takut akan allah.

Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang hambaNya lakukan dan Maha Mengetahui apa yang hambaNya fikirkan.

kepada students yg bakal mengahadapi Sijil Menengah Agama , sama sama kita betulkan niat sebenar kita dan berdoa semoga dipermudahkan segala urusannya.

amalkan lah doa niy , supaya mudah untuk kita menghafaz dan mengamalkannya ^____^


*credit to irfan arif mahpa 

p/s = allah bagi ilham ketika menyegarkan diri , syukran , ya allah :)


Thanks Awak (:

Thursday, September 15, 2011

rokok budaya barat

assalamualaikum awak yang membaca :)




merokok dah jadi adat pada zaman kini , bukan ? setakat tengok pakcik pakcik merokok tuh , small matter. budak sekolah rendah pun ! remaja perempuan pun !  sampai boleh kata lah takde langsung rasa nak menegur.. ya allah , padahal dah terang tang tang rokok tuh haram.


mulanya , nak cube , kasi nampak cool bergaya depan member gituh laah kan..tapi tak tau pun dlm rokok tuh mengandungi nikotin yg addicted. tak pernak kaji pun kan ? then , bila dah try , waahh syoknya ..ketagih kau main , and lame lame dah jadi rutin. bangun pagi , cari batang rokok dulu , dah penat seharian , bila nak letak kepala atas katil , still cari rokokk . 


then , bila dah lama lama tuh , baru sedar rokok tuh haram bagai , merbahaya and merosakkan akidah , iman . decide nak stop kan ? ingat senang macam first first try sebatang rokok dulu dulu ? susah kan ? demam teruk lah , pengsan laah , macam macam kesan respons pada badan , bukan ? susah memang susah nak stop smoking ! 


hati kene kuat , iman kene teguh..pendirian kene tetap ! cara mudah , dekatkan diri dengan allah , mohon pertolongan dariNya , insyaAllah , akan dipermudahkan jalan bagimu :)


rokok budaya barat


saya ada terbaca dekat blog seorang kawan niy , tak jumpa dah mane blog dye , sorry (: dye ade cakap perokok yang meletakkan 2 jari pada batang rokok melambangkan tanda salib.seriously , betul lah .selama saya benci perokok niy , saya tak perasan langsung.. 




kepada sesiapa yang masih bersih dirinya dari menjebakkan diri dengan rokok ,tahniah , saya seluuuttt sama anda ^_____^ , and kepada mereka yg dah try and now still smoking , saya mohon tolonglah berhenti . percayalah , allah akan beri yang lebih baik kepadamu , tinggalkanlah tabiat buruk dan yg tak bawak sedikit faedah pun ! 


saya akan sentiasa doakan anda diluar sane supaya tidak terjebak dalam kancah merokok niy , insyaAllah , amiin :) 


setiap sedutan membawa padah pada diri anda juga kami , janganlah hidup untuk membunuh anak bangsa , 




Thanks Awak (: