Monday, May 7, 2012

Tentang Dia

* please click this first for emotion. thank you. *

hati dia sangat lembut. sangat sensitif. ibarat kapas. andai ada yang lagi lembut dari kapas, begitulah ibaratnya. dia mula sedar apa yang dia buat selama ini adalah salah. walaupun hakikatnya bahagia. tetapi batinnya tersiksa. jiwanya kacau. dia mula basahi anggotanya dengan wudhu'. dia kuatkan dirinya untuk solat dua rakaat. saat keadaan sekelilingnya amat sunyi. amat gelap. titisan air mata mengalir di pipinya. dia berserah padaMu. dia menyesal. dia bertaubat. dia mulakan hidupnya dengan suatu perubahan. perubahan yang amat sukar baginya. selangkah demi selangkah. dia takut dia jatuh sedang dia cuba untuk bangun. dia iringi perubahannya dengan sentiasa meletakkan Allah sebagai matlamat.

kasihani dia. dia bangun tanpa ada sokongan disekelilinginya. hari demi hari berlalu. begitu jugalah titisan air mata yang dibazirkan demi hari. setiap kali solat, dia tidak pernah lupa doakanmu. setiap doanya kepadamu disertai dengan tangisan. kasihani dia. setiap kali bangun tidur, dia dihantui mimpi ngeri. dalam mimpinya, pasti terselit dirimu. saat itu juga, air matanya mengalir lagi. tatkala dia mendengar suara imam azan dia mula sebak. mengenangkan sesuatu. dia bermohon padaMu agar dipertemukan di syurga kelak. dia benar benar berhajat. sehingga satu hari dia mimpi. dia mimpikan kejayaan dia bersamamu. bersama umi dengan abah. setelah dia bangun dari mimpi, dia cepat cepat berdoa. minta Allah perkenankan mimpinya. sungguh mimpi itu buat dia tersenyum.

tapi .. senyuman itu hanya sementara. hati dia mula menangis kembali. dek kerana persekitaran yang mengingatkannya kepadamu. dia mula benci utk bersendiri. dia mula untuk tidak suka pada perasaan itu. hakikatnya dia rindu. kasihani dia, pelbagai cara dia usaha. perasaan itu masih tidak lekang dengannya. sehingga kini..

zahirnya dia nampak hebat. dia nampak ceria. dia tampil sebagai pelawak kepada sahabatnya. tapi inilah hakikatnya, dia tidak mahu sahabatnya risau. biarlah dia menangis dalam hujan. biarlah rahsianya dikongsi bersama yang Esa. doakanlah yang terbaik buat dia. doakanlah dia bahagia bersama tercinta bukan sahaja di dunia juga di akhirat malah di syurga InsyaAllah.


Thanks Awak (:

No comments:

Post a Comment