Klik first
Assalamualaikum
semua orang punya cinta dan berhak memilikinya.
tapi cara mereka mengendalikannya cukup berbeza.
Kata orang indahnya bercinta selepas sah diijabkabulkan
penuh dengan kasih sayang keberkatan dan keredhaanNya
saya bukanlah doktor pakar cinta bukan juga pakar mencari jodoh atau seumpamanya
cuma seorang perempuan yang punya akal dan pendapat untuk diketengahkan
berdasarkan pengalaman
keyakinan padaNya sangat tidak mengecewakan.
Dia penuhi segala hajat hamba yang ikhlas meminta padaNya.Itu kerna Dia sayang.
Ini benar benar terjadi
seorang lelaki mengharap gadis idamannya datang pada suatu majlis yang cukup bermakna. Walaupun lelaki itu tahu gadis itu dalam kesakitan dan sangat tidak mungkin untuk sama sama menghadiri majlis yang begitu jauh dari tempat tinggalnya itu. Namun lelaki itu meletakkan keyakinannya pada Allah Yang Esa. Tangan dihulurkan mohon keajaiban.
Tahu apa yang terjadi setelah itu ?
tiba tiba gadis itu punya kekuatan. bangun dan berusaha sebaiknya.
Alhamdulillah
lelaki tadi singgah masjid menunaikan kewajipan. bersungguh sungguh dalam sujudnya memohon keajaiban.
itu kerna allah sahaja punya kuasa.
lelaki tadi masih berpegang pada *kun fayakun*
akhirnya
mereka dipertemukan
terbukti bahawa tiada apa yang mustahil
keyakinan padaNya sangat menguntungkan
tapi ingatlah jangan sesekali kecewa andai yang diminta itu tidak ditunaikan
mungkin Dia ingin menguji
siapa tahu
Dia sudah merancangkan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang
suatu kisah yang menarik untuk dikongsikan
source : drama Nikita
si hero sakit dan perlukan buah pinggang yang sesuai untuk dibedah secepatnya.andai terlambat nyawa dipertaruhkan. mama dan papa si hero sanggup menawarkan berjuta juta wang untuk menyelamatkan nyawa anak tunggalnya itu. namun tiada seorang yang sanggup. si heroin mencuba nasib. doktor mengesahkan si heroin punya buah pinggang yang sangat sesuai buat si hero.
doktor berkata lagi ----> berdasarkan kajian
dua hati yang punya tarikan positif punya insting yang baik
akhir kalam
keyakinan dan peranan hati sangat menyumbang kepada sesuatu
orang yang bijak akalnya bijak juga keputusannya
yakinlah padaNya
jangan bersedih jangan bermuram jangan bermuka muka
minta dan mohon padaNya
pasti Dia jaga
Dia sangat sayang akan hamba yang sentiasa meminta minta padaNya
NurulayuniKhalib
Jordan
No comments:
Post a Comment