Saturday, July 21, 2012

Kem Cinta SMA (:

Assalamualaikum (:

Nurul..trial nak dekat dah ada hati nak update lagii. Alahh kejap je kejap je. Nak refresh back memory. Kejap jadahnyaa. Kejap lagi nak edit photo lah nak bina ayat lah nak uploading lah. bukan kejap namanya. Kan comel kalau siapkan Add Math yang Miss Diana bagi tuh. *Errrrrr* *Please laaah understanding*

Hai Haaaii akhirnya berjaya curik masa nak update. Buat Add Math kejap je patu penat mengalahkan orang kait kelapa.

Time bila ntah saya dijemput ke Kem Cinta SMA di Bagan Lalang. Untuk jadi photographer kat sana je sebenarnya. Tiba saya dengan member dapat tambahan task. Siapkan slide untuk mereka. Jaga PA system. Explorace and so on.

*Saya lah driver bas yang berwibawa hahaha*

Kami form 5 yang follow jadi mentor gituh
-Fatin Amirah , Najla , Maizan , Shafiqah and Me -



kami dapat satu chalet khas. masuk masuk terus chop bilik yang ada air-Cond. petang tuh sampai sampai saya terus mandi. saya sorang je yang mandi yang lain semua nak simpan bau hahha lepas mandi kami form 5 pergi dewan. Ustazah ustazah bagi pesanan kat form 4 itu ini sana sini. 

Lepas asar semua gerak ke Pantai. Kami F5 lambat sikit sebab setup barang barang dalam dewan. Siapkan slide untuk malam tuh sikit. Set up microphone. LCD semua.

comel kan saya dengan kakak :')

*masih beruniform*

Dah tengah malam tuh perut kami lapar

Actually pagar kat resort tuh dah siap mangga. Kami buat muka tak malu selit kat mane ntah sampai boleh tembus. Fly without wing. Untuk Char Kuew Teow semata. Tiba CKT habis. *buat muka*

*Gemooookkknyaaaa Nurul :(*

Pagi tuh siap siap untuk explorace petangnya. Kami divide tugas. Mereka Plan , saya handle PA system. Hahaha Kami kan ada satu trademark kat sane.

Mulanya camni haa kan dorang tak mandi balik tuh so then dorang pergi dulu tinggalkan saya sorang sorang dalam resort. And I'm said "Takpe Takpe nanti aku datang"
Lepas pada tuh memang saya ditinggalkan then kene bahan takpe takpe nanti kau datang kaaan. biadap betul kaaann.

 *saya jaga checkPoint 4 (the last one)*

Team Nabil group pertama sampai. so sempat lagi nak duduk duduk amek gambar kaaaaaannn (:

siapa yang dah sampai kat Futsal nii kene sudahkan semua soalan yang diberi. then main baling baling selipar baru dapat next clue. Masa nii Kan kibut tak kibut laaah budak budak semua datang. saya handle sorang. Lepastuh dapat bunga dari budak budak tuuh. At last bunga tuh kemane ntah heh *sorry*

Malam last tuh banyak giler aktiviti yang mereka kene join. Tapi mereka strong. Idea mereka masyuk. Style giler time kene "hiwar"

Geng Awie buat lakonan orang yang dah nak mati. Geng palek nii nyanyi nyanyi. suara sedap kaaan boleh citer lah. Group lelaki perform semua hebat hebat Kreatif :D 

*Kakak belikan kek untuk Kamiiiiii*

Malam tuh tidur lambat sangat. Padahnya subuh gajah. Maaf Allah. Pagi tuh saya sudahkan buat video untuk dorang. Upload gambar yang dah tangkap sepanjang kem. Cari laguu Edit sikit sikit. tambah Caption... Itu inii.

Kaay dah siap. tinggal nak publish time penutup je *tunggu masa* tiba kaaan ada lah lagi 5 ke 7 minit nak publish video tuh ter-Padam. Nak nagis wehh time tuhh. Tapi teringat pesanan ustaz Shafiq time tarbiah budak budak tuh "allah suka hati yang tenang"

Saya pun bawak lappy keluar dari dewan. Pergi kat kantin. Godam sana sini sampai jumpa balek video tuh. Edit arrangement sikit sikit. siap ! Alhamdulillah (:

Masuk balik dewan then publish (:

Syukur , semua berjalan lancar. Walaupun banyak dugaan banyak halangan macam macam kami terima tapi kami berjaya tempuhi. Terima Kasih kat Form 4 sebab sebab sebab.................. ^_^

Terima kasih kat semua lah (:



Dear Form 4 , Do your best. Make our teachers proud. Make your parents smile with your slip. I will support you with Du'a (:

Credit to all Kem Cinta SMA Team (:


Thanks Awak (:

No comments:

Post a Comment